Budaya Big Ben

Di England, Big Ben akan menjadi tumpuan pada setiap perayaan Tahun Baru, di mana stesyen-stesyen radio dan TV akan memggunakan bunyi yang unik itu untuk menandakan kedatangan tahun baru. Begitu juga pada Hari Peringatan, bunyi loceng Big Ben akan berbunyi pada jam 11, hari ke 11 pada bulan 11. Ini akan diikuti dengan 2 minit tempoh berdiam diri sebagai penghormatan.

Bertahun-tahun lamanya, siaran berita "News at Ten" di stesyen TV - ITN bermula dengan gambar dan bunyi Big Ben, sehinggalah ke hari ini, konsepnya masih begitu. Begitu juga bunyi jam Big Ben akan dibunyikan untuk menandakan waktu yang di siarkan di corong-corong radio BBC Radio 4 dan BBC World Service, yang mana semenjak 31 Disember, 1923 lagi bunyi tersebut adalah bunyi asli, iaitu pemasangan sistem mikrofon diletakkan di jam Big Ben dan bunyi terhasil di Bangunan Penyiaran.

Big Ben juga digunakan dalam kelas untuk mendemonstrasi prebezaan antara kelajuan cahaya dan kelajuan bunyi. Pengunjung yang melawat Big Ben yang berdiri di bawah menara jam tersebut biasanya akan mendengar bunyi loceng kira-kira 1/6 saat kemudian selepas bunyi loceng tersebut dibunyikan (Jika loceng tersebut diletakkan pada ketinggian 55 meter. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pantulan bunyi.

Imej jam tersebut juga dijadikan logo syarikat perfileman Filim London.

Rujukan

WikiPedia: Big Ben http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000102&si... http://www.earthcam.com/uk/england/london/bigben.p... http://www.bigben.freeservers.com/index2.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=london&ll=... http://widgets.opera.com/widget/4961 http://www.skyscrapernews.com/buildings.php?id=452 http://widgets.yahoo.com/gallery/view.php?widget=3... http://www.ctbuh.org/Portals/0/Tallest/CTBUH_Talle... http://big.ben.gallery.sytes.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...